Dear bloggy. ..
Esok adalah sambutan Hari Natal utk semua penganut Christians, tak kira lah tua atau muda sama sama meraikannya. Bagi setiap orang, tanggal yang bertarikh 25 Dec itulah yg sangat sangat dinantikan mereka. Mereka bergelak ketawa & bertukar tukar hadiah dengan kwn2 disamping keluarga tersyg. Christmas sering dikaitkan dengan kewujudan Santa Claus. Entah dari mana datang Mr Santa, pun Niea tak tahu. Selalu nya kalau ada Santa ada hadiah kan? Bagi Niea nak percaya pun susah, tak percaya pun susah. Bak kata orang sekarang 50/50 . Niea sebenarnya nya kongsi satu kisah hidup, yang nak dikatakan berkait pun, tak lah jugak. Tapi ada sedikit bersangkutan dengan Niea lah.Satu keluarga yang memang boleh dikatakan disegani, baik budi bahasanya, yg boleh dikatakan keluarga yang tidak asing lagi dengan kebaikan & cara hidup mereka. Walaupun mereka boleh dikatakan dtg dari keluarga berada tetapi mereka tetap utuh sebagai satu keluarga seperti mana keluarga2 yang lain. Tetapi Tuhan Maha Adil. Tanggal 23 Dec, keluarga ini telah kehilangan seorang anak kpd ibu bapa mereka, seorang abg & adik kepada adik beradiknya, seorang suami & ayah kepada anaknya. Dia telah pergi meninggalkan orang yg dia syg buat selama lamanya. Tragedi kemalangan itu sudah pastinya meninggalkan seribu kenangan pahit & silam yg semestinya tidak dpt dilupakan mana2 orang sekalipun. Pada malam kemalangan itu, dia tidak keseorangan. 2 orang adik beradik beliau ada bersama nya. Seorang adalah abg sulungnya, & seorang adalah adiknya. Ikut cerita drpd kwn2 nya, dia orang baru balik dari melawat orang yg meninggal. Tapi Niea tak pasti di mana lah. Semasa mereka dlm perjalanan balik ke Sarikei, malang tidak berbau, kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan menyebabkan kereta itu terbabas. Abg sulungnya dikatakan patah tulang belakang dan sekarang dirawat di Hospital Sibu, manakala si adik pula cuma mengalami kecederaan ringan di belakang dan calar di kaki & tangan. Si pemandu pulak meninggal di hospital pada pagi 23 Dec. Kasihan kan mereka? Cuma tinggal 2 hari lagi Christmas tetapi apakan daya, Tuhan yang tentukan sumanya. Pasti suma pembaca nak tahu kan kenapa Niea sibuk2 nak ceritakan suma ini di blog Niea. Okay, Niea akan ceritakan sumanya. suatu ketika dulu, tak lama lah, 2 bulan yang lalu, hidup Niea adalah boleh dikatakan sebahagian daripada hidup dia orang. Salah seorang yg terlibat dlm kemalangan itu adalah ex Niea. Couple Niea yg plg lama seumur hidup Niea. 3 tahun bersama dari 6 September 2009 hinggalah 17 October 2011.huhu. Bila sangat bergelar EX itulah yang plg memeritkan buat suma orang. Terutamanya kalau sampai bertahun bertahun bersama. huhu, memang akan meninggalkan kesan & calar yang sgt sgt sakit di hati kita kan? Bergitu lah Niea. Pada malam 22 Dec, Niea tengah skype-ing dengan cousin Niea, si Asher tu. Kira pukul 1 lebih pagi macam itu kan Niea ada lah dengar bunyi ambulans. Yelah kan, rmh Niea kan berdekatan dengan main road bandar Sarikei. Tak lah Niea kisah sgt. Selepas Niea dengar ambulans, Niea adalah cakap dengan si Asher 'Asher, Niea tak sedap hatilah' Then asher jawablah, " Kalau tak sedap hati, suruh sedapkan' jawab Asher sambil ketawa. Niea pun tak boleh nak cakap apa lagi, Niea cuma boleh jawab " BELIK'' ,Memang malam tu kan, Niea memang tak dapat tidur. Yang pelik nya kan, Niea sebelum nie, kalau tidur Niea akan letak hp Niea di atas meja study Niea, tapi pada malam tu, perangai Niea bergitu aneh dari biasa. Niea macam tak nak lepaskan hp Niea dari gengaman tangan Niea. Entah lah. Sampaikan tidur pun masih pegang hp. Macam satu pertanda. Tapi Niea masih tak ambik kesah sgt masa tu, Niea cuma fikir itu adalah mainan perasaaan Niea sahaja. Suma tanda tanya Niea pada malam 22 dec itu terjawab apabila Niea mendapat panggilan dari kwn Niea yg mengatakan, ex Niea & abg abgnya, terlibat dlm kemalangan. Bertapa terkejutnya Niea, bila tahu suma nie. Bangun jer dari tidur terus dikejutkan dengan berita yang menyayat hati dan sangat memeranjatkan hati Niea. Niea cuba call hp ex Niea, tak dpt dpt. Dicuba berkali kali tak jugak dpt dpt. Awalnya Niea jangkakan maybe dia off dia punya hp. Niea cubalah tulis dekat wall fb suruh dia on dia punya hp lah apalah. Rupa rupanya hp dia hilang di tempat kejadian itu. Nak contact pun tak dapat. Cuma mengharapkan mendengar berita dari orang sahaja. Adalah seorang kwn Niea, rapat lah dengan Niea. Dia ni pergi jumpa ex Niea di rmhnya lah. Lawat nak jenguk keadaan ex Niea. adalah dia text Niea dan cakap yang dia dah sampai kat rmh ex Niea. Dia adalah ajak Niea pergi ke sana, cuma Niea belum bersedia nak jumpa dia lagi. Yelah kan dengan apa yg terjadi sebelum ni, susah nak dilupakan.terus terang Niea katakan disini, dari hari Niea tahu dia terlibat dengan kemalangan, hati Nieat ak tentu hara. Macam cacing kepanasan, krdt Niea pun habis masa itu. Habis untuk Niea pastikan suma itu adalah benar. huhu . Tapi apa yg menyakitkan hati Niea bila ex Niea tak mahu bicara sepatah pun dengan Niea. Niea cuam nak pastikan dia okay, itu jer. Tapi kan, Niea fhm. Maybe sebab dia tak nak Niea risau ke apa kan. Sehari suntuk Niea fikir suma tu. Tapi nasiblah Niea kuat bila ada kawan kawan yg selalu menyokong Niea dari belakang. *Stacey, BFF Niea dari form 1. Walaupun dia jauh nun di Kch sekarang, tapi dia tetap ada buat Niea. Tak kira lah masa sedih atau gembira. Dialah yang beri support kepada Niea. Biar Niea tetap kuat. Niea beruntung bila dpt kawan macam dia. Tak pernah Niea jangkan hidup Niea akan ada kawan sebaik dia. Dia lah yg memberi nasihat kepada Niea untuk selalu ada buat ex Niea mulai dari sekrang. maksudnya macam menemani ex Niea. yelah kan, keadaan dia kan belum stabil lagi. Masih trauma dengan kemalangan tersebut.. Niea cuma belum rasa yang Niea bersedia untuk semua itu. Bukan nak kata apalah, dia dah 2 kali sakit kan hati Niea. Rasa nak balas dendam pun kadang2 ada. Cuma Niea belum sampai ke tahap kesitu sebenarnya. Bak kata orang sekrang, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Niea pun tak tahu apa yg Niea nak buat. Bila tanya si Asher pulak, Asher cakap ' UP TO YOU, CUZZ'. Niea betul betul confuse. So, Niea tanya lah si Achai, then Achai cakap ' FOLLOW YR HEART' huhu, what? follow my heart? hmm. kalau nak follow hati Niea, memang Niea temankan si dia. tapi bila dikenang balik apa yg dia dah lakukan, itu yang merumitkan lagi keadaan. Niea tak nak lah dicop orang perempuan 'desperate'. YELAH KAN, nama pun dah ex. Nanti apa lah kata orang Niea ni sibuk2 nak care ttg dia, walaupun dah digelar ex. HAIYA. susah hati Niea sejak dari pertama kali Niea tahu dia Xcident. Niea pun tak jangkan suma ini berlaku. Bila tengok muka abg dia yang meninggal tu kan, muka dia sebijik macam muka ex Niea tu. Yelah kan, nama dah adik beradik. Bila Niea renung balik, Niea rasanya tak perlu ego. Niea kena fikirkan jugak ttg hati ex Niea. walau apa apa pun, dia pernah bahagiakan Niea. walaupun perit, tapi Niea telan suma tu dan cuba kembalikan manis di dalam hidup Niea. Niea rasa Niea cukup kuat untuk menjalani suma ini, selagi ada kawan2 yang selalu support Niea. hhmm .. Niea dah fikir hal nie tadi, then Niea pun mintak pendapat orang yg tua & muda dari Niea, suma berikan jawapan yg sama sebagaimana Stacey, Achai & Asher sarankan, Niea dah putuskan untuk slalu ada buat ex Niea. Niea tak jangkakan peluang untuk ketiga kali untuk perhubungan Niea. Mungkin ini jalan terbaik untuk Niea sekarang. Untuk selalu ada buat dia. Susah juga kalau difikir fikir balik sebab ini menyangkut masalah pribadi 2 bulan yang lalu. Tapi Niea tak pedulikan suma tu. Biarlah apa orang nak cakap ke apa. Asalkan Niea tahu apa yg Niea lakukan. Risiko nya biar Niea tanggung sendiri. Niea pun tak pinta suma ini terjadi tetapi apa boleh buat. Dia memerlukan orang untuk memberi semangat biar dia terus cekal untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa abg nya. Lagipun, Niea cuma lakukan semua ini untuk menjamin keselamatan & pulihkan keadaan dirinya sahaja. Niea yakin dengan ada nya Niea & suma kawan2 dia, maybe dia akan kuat & tegar untuk mengharungi cobaan hidup ini. Jangan risau, ex. Niea akan ada buatmu. Lagu blog Niea ini sesuai untuk keadaan mu sekarang ex. Kalau sebelum ni Niea tujukan lagu nie buat si Penguin, sekarang buat you pulak. Perpisahan yang tak pernah diduga. Walaupun berat, I harap you akan kuat. Jangan pernah you fikir yang you bersendirian kerana saya & kawan kawan you yang lain akan selalu ada buat you. percayalah. Walaupun berat untuk Niea lakukan semua ini kerana sebelum ini Niea selalu larikan diri dari you tapi kali ini Niea ada bersama you setiap masa. Susah dan senang kita akan bersama. Tidak sementara tapi untuk selamanya. Niea cuba untuk menganggap kita tak pernah ada hubungan sebelum ini. Senang cerita, sekarang Niea cuma anggap you kwn Niea. Kwn baik Niea. Untuk kesalahan you yang dulu, Niea maafkan. No dendam, No benci. Lets us start from ZERO. Maybe Xmas tahun ni tak bererti untuk you and family tapi Niea pasti pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Cuma you jangan lupa berdoa kepada Tuhan. My prayer will always be with you ex. Niea just wanna say here, Niea miss you. Miss yr smile, yr laugh. Hopefully you can smile & laugh again after this for me. huhu, big boy no cry. Condelence for yr late second bro, ex. Walaupun enda rapat ngau aku, tapi ea akan tetap dikenang belama ulih kita sebilik ngau kawan ke rapat ngau ea. R.I.P to him :'(




No comments:
Post a Comment